Terdapat tiga agensi yang menyalurkan kemudahan asas ke Felda Lembah Klau. Selain itu, komuniti felda sendiri turut menyumbangkan beberapa kemudahan asas untuk keperluan awam dan masyarakat setempat. Agensi yang terlibat dalam menyediakan kemudahan asas ini ialah kerajaan pusat, kerajaan negeri dan badan swasta (TNB).
|
BIL |
PERKARA/JENIS |
UNIT |
TAHUN DIBINA |
|
1. |
Bangunan pejabat pentabiran/bangunan kayu |
1 |
1996 |
|
2. |
Rumah kediaman kakitangan kelas G |
1 |
1993 |
|
3. |
Bangunan masjid/ batu |
1 |
1965 |
|
4. |
Pondok polis dan kompleks rumah kediaman 2 |
1 |
1980 |
|
5. |
Dewan Orang Ramai |
1 |
1968 |
|
6. |
Kedai D’Mart kedai barang runcit |
1 |
1965 |
|
7. |
Rumah Bidan dan Klinik |
1 |
1985 |
1.PEJABAT FELDA
Terletak 300 meter dari PI Malaysia Felda Lembah klau.Telah beroperasi dari tahun 1996 dan masih beroperasi sehingga sekarang.
Mempunyai beberapa orang pekerja untuk menguruskan pentadbiran yang berkaitan.
2.KUIL
Terletak 1km dari PI Malaysia Felda Lembah klau.Kuil ini biasanya digunakan khusus untuk aktviti-aktiviti keagamaan dan rohaniah. Sebuah kuil Hindu dapat dibina sebagai sebuah struktur asing atau sebagai sebahagian sebuah bangunan. Suatu ciri kebanyakan kuil adalah kehadiran murti pada dewa Hindu untuk yang mana kuil itu didedikasikan. Kuil biasanya didedikasikan kepada satu dewa asas, digelar dewa pengerusi, dan dewa bawahan lain yang berkaitan dengan dewa utama. Bagaimanapun, sesetengah kuil didedikasikan ke beberapa dewa, dan sesetengahnya puala mempunyai tanda selain murti.
3.TAMAN PERMAINAN
Terletak 200m dari PI MALAYSIA felda lembah klau.Taman rekreasi merupakan tempat untuk warga taman perumahan beriadah dan berekreasi. Padang permainan menyediakan tempat untuk warga taman perumahan mengisi masa lapang pada hari Sabtu dan Ahad ataupun cuti-cuti awam. Mereka tidak perlu bersusah payah pergi ke tempat lain untuk menjalankan aktiviti Hari Keluarga. Mereka boleh menjalankan aktiviti Hari Keluarga di taman rekreasi bersama-sama keluarga dan seterusnya mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
4.DEWAN ORANG RAMAI
Terletak 250m dari PI Malaysia felda lembah klau,Untuk kegunaan orang ramai.
Digunakan untuk apa jua program dan aktiviti.Tempat orang ramai (penduduk di suatu tempat) berhimpun untuk membuat perjumpaan, mengadakan mesyuarat, sokongan sosial atau aktiviti lain. Ada balai raya yang terbuka untuk semua masyarakat setempat, manakala ada juga yang khusus untuk kumpulan tertentu, misalnya pusat Islam atau kelab belia.