mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Q4 2019 – Celik IT

IMG 1682

NAMA

UMUR

AHLI

 : Pn. Hasnah Binti Mohd

 : 49 Tahun

 : 2018

 

 

 

 

 

 

  12  14 

 

Latar belakang

Pn. Hasnah Binti Mohd berusia 49 tahun dan telah menjadi ahli Pusat Internet (PI) Felda Lembah Klau pada tahun 2018. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet untuk mengikuti latihan/bengkel yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Beliau merupakan seorang usahawan yang menjual barangan Tupperwarebrands serta memasarkan produk IKS tempatan.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum menghadiri kelas latihan serta bengkel yang dianjurkan, beliau tidak mahir menggunakan komputer, serta tidak pernah berkunjung ke Pusat Internet Felda Lembah Klau. Beliau juga tidak aktif menyertai program-program di dalam dan di luar Felda Lembah Klau. Beliau juga tidak pernah menghadiri kelas latihan/bengkel anjuran Pusat Internet. Oleh sebab itu, beliau kurang pendedahan kepada teknologi maklumat.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Pn. Hasnah kini lebih mahir menggunakan komputer. Beliau sudah dapat menggunakan komputer dan internet dengan baik. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet bagi menyertai kelas latihan/bengkel yang dianjurkan oleh PI. Beliau kini banyak menyertai dan menghadiri program serta aktiviti di dalam dan di luar Felda Lembah Klau. Kini, beliau lebih berkeyakinan serta memperolehi lebih banyak peluang perniagaan sekali gus dapat meningkatkan pendapatan beliau berbanding sebelum ini. Pn. Hasnah juga turut aktif dalam komuniti apabila beliau menjadi AJK GPW Felda Lembah Klau, AJK PIBG Sek.Keb. Felda Lembah Klau dan juga menjadi AJK pertubuhan NGO.