mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Q1 Jan-Mac 2021

USAHAWAN MAKANAN

NAMA :Faridah Binti Sarip

UMUR : 55 TAHUN

AHLI   :2010

 

Latar belakang

Pn Faridah menetap di alamat 456 felda lembah klau,beliau telah menjalankan perniagaan ini sejak 2 tahun yang lalu,Jumlah Modal yang digunakan untuk menjalankan perniagaan ini adalah sebanyak RM500 untuk membeli segala kelengkapan dan perkakasan perniagaan.Menu masakkan yang disediakan adalah makanan sarapan pagi .Medium jualan yang digunakan oleh beliau adalah “whatsapp group”.Beliau tidak mempunyai pekerja tetapi hanya dibantu oleh anak beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Faridah tidak mempunyai sebarang pendapatan,beliau merupakan suri rumah tangga sepenuh masa,Promosi dan peniklanan yang lebih baik sukar dilakukan kerana kekurangan ilmu pengetahuan.Tempahan terhad di kawasan felda lembah klau sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan E-Commerce dan Latihan shopee yang dijalankan oleh kakitangan Pusat Internet Felda Lembah klau ,Perndapatan yang diperolehi adalah RM800 sebulan,. Dengan ada nya ilmu pengetahuan dalam perniagaan Jualan beliau kini meningkat dan gerai beliau sering dikunjungi pelanggan.