Mencari sumber rujukan,belajar mencetak dan menaip
| Nama | : Airie Shammin Bin Abdullah |
| Umur | : 18 tahun |
| Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Adik Shammin merupakan pelajar sekolah Menengah Kebangsaan Makmud Raub,beliau tinggal di asrama, Beliau yang sering kali sibuk dengan pelajaran mengurangkan beliau daripada aktiviti berkaitan ICT. Namun, beliau hanya berkunjung dan belajar ICT pada waktu cuti sahaja, Pada waktu tersebut beliau akan berkunjung ke NADI Felda Lembah Klau,untuk belajar dan mencari bahan rujukan untuk sesi pembelajarannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatannya di NADI, Adik Shammin tidak cekap menaip dan tidak mampu untuk mencetak/menggunakan mesin pencetak. Sebarang bahan rujukan pembelajaran yang diperlukan di atas talian dibantu dan dicetak oleh petugas NADI. Beliau juga tidak mampu untuk menaip dengan cekap selain tidak boleh menggunakan peralatan ICT seperti mesin pencetak tanpa bantuan petugas.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Petugas telah memberi panduan kepada peserta bagaimana mencari sumber rujukan pembelajaran dengan cepat dan mudah, perisian seperti Microsoft Word dan mencetak dengan menggunakan mesin mencetak di NADI. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di NADI, Adik Syammin telah dapat mahir menaip dengan cekap. Beliau kemudian mencetak dokumen tersebut tanpa bantuan petugas NADI.