Mencari sumber rujukan,belajar mencetak dan menaip
| Nama | : Noor Shaheera Binti Ahmad Tajudin |
| Umur | : 19 tahun |
| Ahli | : 2012 |
Latar belakang
Adik Shaheera merupakan pelajar sekolah SMK Raub dan kemudian menyambung pelajaran ke Matrit Pahang. Beliau yang sering kali sibuk dengan pelajaran mengurangkan beliau daripada melakukan sebarang aktiviti berkaitan ICT. Namun, beliau hanya berkunjung dan belajar ICT pada waktu cuti sahaja, Pada waktu tersebut beliau akan berkunjung ke NADI Felda Lembah Klau,untuk belajar dan mencari bahan rujukan untuk sesi pembelajarannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatannya di NADI, Adik Shaheera tidak cekap menaip dan tidak mampu untuk mencetak/menggunakan mesin pencetak. Sebarang bahan rujukan pembelajaran yang diperlukan di atas talian dibantu dan dicetak oleh petugas NADI. Beliau juga tidak mahir untuk mencari bahan rujukan pembelajaran dan tidak tahu laman web yang betul untuk mencari sumber rujukan yang tepat dan sahih.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Petugas telah memberi panduan kepada peserta bagaimana mencari sumber rujukan pembelajaran dengan cepat dan mudah, perisian seperti Microsoft Word dan mencetak dengan menggunakan mesin mencetak di NADI. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di NADI, Adik Shaheera telah mahir menaip dengan cekap. Beliau juga tahu laman web yang tepat untuk mencari maklumat pembelajaran,kemudian mencetak dokumen tersebut tanpa bantuan petugas NADI.