Pusat Internet (PI) Felda Lembah Klau mula beroperasi pada tahun 2010. Penubuhannya mendapat sokongan dan sambutan yang baik dari Komuniti Felda Lembah Klau khususnya dan juga penduduk di kawasan yang berhampiran. Ramai yang telah mendaftar keahlian bagi mendapatkan perkhidmatan yang disediakan di PI Felda Lembah Klau. Jumlah keahlian PI Felda Lembah Klau yang direkodkan dari tahun 2010 sehingga tahun November 2019 adalah seramai 1074 peserta.
