mcmc
Keselamatan

KESELAMATAN

PONDOK POLIS FELDA LEMBAH KLAU

Pondok Polis Felda Lembah Klau terletak berdekatan dengan Pejabat Felda Lembah Klau. Pondok Polis berada tidak jauh dari Pusat Internet  Malaysia Felda Lembah Klau. Pondok polis ini mula beroperasi pada tahun 2001 dan mempunyai  anggota polis seramai 2 orang.  Jika anda mempunyai sebarang masalah kecemasan, sila hubungi talian terus Polis DiRaja Malaysia Raub yang beroperasi 24 jam.

 
 RELA (Ikatan Relawan Rakyat Malaysia)
 
Di  Felda Lembah Klau terdapat juga pasukan RELA yang terdiri daripada penduduk setempat dan ditubuhkan untuk menjaga kawasan keamanan dan keselamatan kampung daripada kecurian, rompakan dan sebagainya. 
 
Antara nama-nama penting dalam pasukan RELA  Felda Lembah Klau ialah :
 
Pegawai RELA Daerah ialah Encik Rahaman Bin Bidin.
Ketua Perhubungan RELA Mukim Gali (KPRM) ialah Encik Lee Ah Kau.
Ketua Platun RELA Felda Lembah Klau ialah Encik Shamsul Amri Bin Mamat, Encik Ali Bin Othman dan Encik Azmi Bin Ahmad.
3 platun (1 platun – 33 orang).
 
Koperal Tadbir RELA  terdiri daripada :
  1. Puan Rosmina Binti Abdul Hamid
  2. Puan Juraida Binti Mohd Din
  3. En.ismail Bin Zainol