mcmc
Kesihatan

KESIHATAN

KLINIK KESIHATAN FELDA LEMBAH KLAU

 

 

Sejajar dengan angka populasi di Felda Lembah Klau yang semakin meningkat, Poliklinik Masyarakat Felda Lembah Klau tidak kurang pentingnya. Setiap hari Poliklinik ini akan dikunjungi oleh penduduk tempatan Felda Lembah Klau yang memerlukan rawatan kesihatan.Dengan adanya Poliklinik Masyarakat Felda Lembah Klau ini ,ia dapat memudahkan dan melancarkan rawatan kepada pesakit yang berada berhampiran .Selain itu juga Poliklinik Felda Lembah Klau mempunyai kakitangan yang cukup berpengalaman dan lebih mesra,dan yang paling utama poliklinik kini mempunyai doktor yang berkepakaran yang tinggi dalam bidang perubatan yang dapat menjamin kesihatan komuniti setempat. 
 

Klinik kesihatan Lembah Klau memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk setempat,  Klinik Lembah Klau terdiri daripada dua klinik iaitu Klinik Kesihatan dan Klinik Ibu dan Anak. Lokasi Klinik Kesihatan terletak di hadapan Sekolah Kebangsaan Lembah Klau. Klinik Kesihatan ini sebagai perkhidmatan kesihatan yang memberikan perkhidmatan “Primary Health Care” kepada pesakit yang mana merupakan “ frontliner health services “, perkhidmatan ini telah mendapat perhatian utama oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meningkatkan taraf kesihatan penduduk rancangan.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Perkhidmatan utama yang diberikan melalui Unit Pesakit Luar yang terdapat di Klinik
Kesihatan Lembah Klau adalah seperti berikut : –
– Rawatan Pesakit Luar
– Rawatan Kecemasan
– Perkhidmatan Ambulans

 

Alamat

Klinik Kesihatan Lembah Klau

27630 Raub Pahang

No Telefon

09-3688333

Waktu Operasi

Isnin – Jumaat

8.00 Pagi – 5.00 Petang

5.00 Petang – 11 Malam (Extended Hours)

Sabtu – Ahad

8.00 Pagi – 11.00 Malam (Extended Hours)