mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan -5 Teras Perhidmatan Pintar (Usahawan)

Latar belakang

Pn Sabrina   yang berumur 35  tahun,,Beliau merupakan seorang suri rumahtangga yang menetap di Felda Lembah Klau,Beliau Telah menjalankan perniagaan kek sejak tahun 2022.Beliau menjalankan perniagaan kek dikediaman disekitar Felda Lembah Klau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

promosi sukar  dilakukan kerana kurang ilmu pengetahuan dan tidak tahu platform yang sesuai. hanya membuat iklan dari mulut ke mulut sahaja.Sukar mendapat pelanggan dari luar kawasan.Sukar berkongsi maklumat dan perkongsian ilmu dengan rakan-rakan.Beliau telah mengikuti kelas/Latihan ekelas keusahawanan iaitu salah satu 5 teras perhidmatan pintar yang ada di NADI.Beliau telah mengikuti kelas webinar pemasaran digital dan asas komunikasi visual.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

 Kini  memperolehi pendapatan sebanyak lebih dari RM1000 sebulan.Kini pernigaan beliau lebih dikenali oleh orang ramai,Beliau juga pernah menjadi pembekal bento kek untuk Program Merdeka di NADI.Tempahan kek mendapat sambutan yang memberangsangkan .Beliau  menceritakan beliau mendapat pelangan melalui social media seperti Instagram dan tiktok yang telah dibuat untuk memasarkan produk beliau.