SELAMAT DATANG KE
PUSAT INTERNET FELDA LEMBAH KLAU
PUSAT INTERNET (PI) Felda Lembah Klau merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) Berhad dan MSD Digital Intelligence. Program ini bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat.
Pusat Internet Felda Lembah Klau merupakan salah sebuah daripada 31 Pusat Internet yang telah ditubuhkan dalam Fasa Felda. Hal ini berikutan kejayaan Pusat Internet sebelum ini dalam Fasa Rintis, Fasa I dan Fasa II telah mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat menjadikan Pusat Internet Felda Lembah Klau agar dapat merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah(SchoolNet), klinik, perpustakaaan dan sebagainya ke arah mewujudkan satu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Commmunity Centre) selaras dengan Wawasan 2020. Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap Pusat Internet diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan iaitu isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan.
Maklumat-maklumat ini merangkumi sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan. Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan Pusat Internet sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :
• E-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
• E-Pembelajaran (e-Learning)
• Pengumpulan dan pertukaran maklumat
• Pusat Komunikasi
• Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
• Pusat peperiksaan dan persijilan.
OBJEKTIF PENUBUHAN
– Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
– Merapatkan jurang digital antara masyarakat Bandar dan luar Bandar selaras dengan matlamat kerajaan
– Memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan
– Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet
– Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktivti yang dijalankan di PI Felda Lembah Klau.
KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Pusat Internet Felda Lembah Klau menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua yang berdaftar sebagai ahli. Selain itu, Pusat ini juga menyediakan perkhidmatan internet, printing, scanning, fotostat, laminate, binding dan zon internet tanpa wayar (wifi zone).
LATIHAN YANG DISEDIAKAN DI PUSAT INTERNET
– Pengenalan Asas Komputer
– Asas Internet
– Aplikasi Elektronik ( E-Kerajaan, E-Pembelajaran, E-Dagang)
– Desktop Publishing (Microsoft Office)
– Latihan Keusahawanan
– Kelas Adobe Photoshop & Illustrator
– Klik Dengan Bijak (KDB)
