mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Tempat Perlancongan

Antara kawasan pelancongan dalam daerah Raub .
 
LATA BEREMBUN
 
 
Lata Berembun dianggap sebagai kawasan air terjun yang unik dan mengasyikkan .Ia terbina jauh di dalam hutan,ia merupakan salah satu daripada tujuh buah air terjun yang terdapat di Gunung Benum.
 
Sungai di gunung itu mempunyai tujuh tingkat air terjun dengan Lata Berembun yang berada di lokasi paling bawah.Namun Kedudukan pada ketinggian 914 meter di paras laut itu menyebabkan suhu airnya sangat dingin.
 
Untuk sampai ke destinasi kenderaan seperti pancuan 4 roda adalah pilihan utama kerana jalan dan kawasan adalah berbukit yang licin dan perlu menyeberangi sungai yang berbatu basar.
 
 
PULAU CHEKAS
 
 
 

Homestay Pulau Chekas, Kampung Peruas. Kampung ni terletak lebih kurang 36 km dari bandar Raub. Pekan yang terhampir adalah Pekan Dong, lebih kurang 18 km dari kampung ini.

Bagi pencinta alam, tempat ini memang sangat sesuai untuk diterokai.  Ada sungai dan air terjun yang cantik dan kalau bernasib baik serta kena pulak dengan musimnya, boleh tengok bunga padma (rafflesia) yang mekar berkembang.

3 km dari Pulau Chekas ni terdapatnya air terjun Lata Jarum.

 

LATA JARUM

 

Lata Jarum adalah merupakan salah satu lagi destinasi pelancongan yang menarik berada di Daerah Raub. Ini kerana ia merupakan sebuah kawasan perkelahan air terjun yang penuh dengan keindahan alam semulajadi.

Terletak hanya 2 kilometer dari kawasan perkelahan Pulau Chekas, perjalanan menaiki kenderaan menyusuri jalan berturap hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.

Menghampiri ke kawasan air terjun Lata Jarum, pengunjung akan di sambut oleh jeritan unggas rimba diselang-seli dengan deruan air dari air terjun Lata Jarum. 

Bagi pengunjung yang ingin bermalam di sini, terdapat 2 pilihan tempat tinggal, bermalam di dalam khemah canvas ataupun bermalam di dalam chalet yang di perbuat daripada buluh.

Bermalam di chalet buluh mampu memberikan satu pengalaman baru dan pengusaha chalet di Lata Jarum boleh menguruskan, jika ingin mengadakan aktiviti ‘jungle trekking’.

Untuk maklumat yang lebih lengkap ,anda boleh mengunjungi laman ‘Facebook’ menarik di Raub.