USAHAWAN MAKANAN
|
NAMA : Pn Anisah Binti Abu Bakar UMUR :58 Tahun AHLI : 2010 |
Latar belakang
Pn Anisah menetap di felda lembah klau,beliau telah menjalankan perniagaan ini sejak setahun yang lalu,Jumlah Modal yang digunakan untuk menjalankan perniagaan ini adalah sebanyak RM500 untuk membeli segala kelengkapan dan perkakasan perniagaan.Lokasi beliau menjalankan perniagaan adalah di halaman rumah sahaja.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pn Anisah tidak mempunyai sebarang pendapatan,beliau merupakan suri rumah tangga sepenuh masa,.Promosi dan peniklanan yang lebih baik sukar dilakukan kerana kekurangan ilmu pengetahuan.Tempahan terhad di kawasan felda lembah klau sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan (dashboard komuniti) dan kelas keusahawanan E-Commerce yang dianjurkan oleh kakitangan Pusat Internet Felda Lembah klau,pendapatan Pn Anisah telah meningkat,kini beliau boleh membina laman blog perniagaan sendiri dan mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih luas dalam dunia perniagaan.

