mcmc
Sejarah

Sejarah

 

 

Terdapat beberapa versi mengenai asal usul nama Raub. Perkataan Raub dalam bahasa Melayu bermaksud ‘genggam’. Mengikut sejarah, pusat perlombongan ini dinamakan Raub selepas pelombong-pelombong menjumpai seraub emas pada setiap dulang pasir. Hal ini dinyatakan dengan menarik oleh J.A. Richardson dalam bukunya, ‘The Geology and Mineral Resources of the Neighbourhood of Raub Pahang’. Menurutnya; “People found that for every ‘dulang’ of sand there was a handful (raub) of gold”. Raub menjadi terkenal pada awal abad ke-20 kerana hasil emasnya.

 Syarikat lombong emas yang mengusahakan perlombongan di daerah ini ialah Raub Australian Gold Mine (RAGM) yang didaftarkan pada 1889 di Queensland, Australia. RAGM juga sebagai Raub Gold Mine. Pada awalnya, syarikat lombong ini dikenali sebagadikenali i Australian Syndicate Ltd dan kemudian Australian Gold Mining Co. Ltd pada 1892. RAGM beroperasi sehingga tahun 1961. Terdapat satu lagi versi cerita yang menjelaskan asal usul nama Raub ini. Menurut cerita lisan orang-orang tua di daerah ini, Raub telah dikesan Sejajar dengan angka populasi di Felda Lembah Klau yang semakin meningkat,
 
Poliklinik Masyarakat Felda Lembah Klau tidak kurang pentingnya. Setiap hari Poliklinik ini akan dikunjungi oleh penduduk tempatan Felda Lembah Klau yang memerlukan rawatan kesihatan.Dengan adanya Poliklinik Masyarakat Felda Lembah Klau ini ,ia dapat memudahkan dan melancarkan rawatan kepada pesakit yang berada berhampiran .Selain itu juga Poliklinik Felda Lembah Klau mempunyai kakitangan yang cukup berpengalaman dan lebih mesra,dan yang paling utama poliklinik kini mempunyai doktor yang berkepakaran yang tinggi dalam bidang perubatan yang dapat menjamin kesihatan komuniti setempat. roka dan dibuka dalam kurun ke-18. Mengikut sumber-sumber yang diperolehi, dua orang pemuda bersama ayahnya telah melalui hutan rimba serta menyusuri sebatang anak sungai. Setelah sekian lama mengembara, mereka sampai ke tebat atau tebatan (satu kawasan di mana pengaliran air sungainya tersekat atau digelar empang). Sebaik sampai di situ, si ayah mengatakan kepada anaknya, di situlah tempat paling sesuai untuk mereka berehat. Kelihatan pasir-pasir di kiri kanan tebatan itu amat bersih, Kedua-dua pemuda itu bersetuju dengan cadangan ayah mereka. Merekapun mula membuka kawasan tersebut. Persekitaran kawasan itu dibersihkan lalu didirikan sebuah pondok untuk kediaman mereka. 
 
Setiap hari, ketiga-tiga beranak itu memasuki hutan untuk mencari rotan, damar, getah jelutung dan sebagainya. Mereka juga memetik pucuk-pucuk dedaun yang begitu subur berhampiran tebatan tadi untuk dijadikan makanan. Suatu hari, salah seorang dari pemuda itu terpandang pohon paku yang menghijau dengan subur di tepi tebatan. Dia terus pergi mencabut pohon-pohon paku tersebut. Apabila pohon-pohon paku itu dicabut, pemuda tersebut amat terkejut melihat cahaya berkelipan dari pasir-pasir yang melekat pada akar pokok paku itu. Dia mencabut lagi beberapa pohon paku yang lain. Pasir-pasir yang melekat pada pohon-pohon itu juga berkelipan apabila ditujah cahaya matahari. Pemuda itu kembali mendapatkan ayahnya. Dia menceritakan peristiwa itu. Ayah dan saudaranya segera pergi untuk memastikan sendiri. Nyata benar apa yang dikatakan oleh anaknya tadi. Ayahnya meneliti dengan berhati-hati,
 Akhirnya dia memberitahu kedua-dua anaknya. “Ini Emas!” Segeralah ketiga-tiga beranak itu meraup pasir-pasir di tebing tebatan itu dengan tangan masing-masing. Setiap kali di raup, setiap kali itulah emas diperoleh. Disebabkan emas begitu banyak dan terlalu mudah untuk mendapatkannya iaitu hanya menggunakan tangan untuk meraup, adalah dipercayai mereka menamakan tempat itu dengan gelara ‘Raub’. Sejak itu, setiap hari mereka terus meraup emas. Kawasan tebatan yang pertama mengeluarkan emas tadi, kini dikenali sebagai Padang Besar Majlis Daerah Raub. Begitulah mengikut cerita lisan orang-orang tua di daerah ini. Bagaimanapun, jika gelaran nama Raub lahir dari kerja meraup emas tadi, sedikit perbezaan timbul dari segi ejaan. Perkataan meraup emas dari dasar kata “raup” sedangkan bandar Raub sekarang dieja dengan “Raub”. 
 
Namun begitu, kemungkinan bahasa daerah itu lebih sesuai digunakan dengan ejaan Raub berbanding Raup. Terdapat juga pendapat terpencil yang menyatakan asal usul nama Raub adalah berasal dari perkataan Rao kerana suku kaum Rao telah mendominasi jumlah penduduk di kawasan terbabit sehingga digelar sebagai ‘lubuk orang Rao’. Oleh kerana peredaran masa, sebutan perkataan Rao itu telah bertukar menjadi Raub.