mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Q3 July-Sept 2020

USAHAWAN MAKANAN

NAMA :Pn.Norida Binti Nong

UMUR :50 TAHUN

AHLI    :12/10/2019

 

 

Latarbelakang

Pn Norida menetap di   felda lembah klau,beliau telah menjalankan perniagaan  ini sejak  3 tahun yang lalu,Jumlah Modal yang digunakan untuk menjalankan perniagaan ini adalah sebanyak RM1000  untuk membeli segala kelengkapan dan perkakasan perniagaan.Medium jualan yang digunakan oleh beliau adalah laman ‘Facebook’ dan shopee.Beliau juga mempunyai beberapa orang agent untuk membantu meningkatkan produk jualan beliau.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Norida tidak mempunyai sebarang pendapatan,beliau merupakan suri rumah tangga sepenuh masa,beliau menjalankan perniagaan selepas kematian suami..Promosi dan peniklanan yang lebih baik sukar dilakukan kerana kekurangan ilmu pengetahuan.Tempahan terhad di kawasan felda lembah klau sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Melalui kelas latihan keusahawanan E-Commerce dan Latihan shopee yang dijalankan  oleh kakitangan Pusat Internet Felda Lembah klau baru-baru ini Perndapatan yang diperolehi adalah 3000 hingga 5000 sebulan,jualan sambal pekasam Pn Norida telah meningkat,kini beliau aktif melakukan perniagaan di Shopee.Beliau juga adalah salah seorang peserta yang menyertai Usahawan Baru Online. Dengan ada nya ilmu pengetahuan dalam perniagaan Jualan beliau kini meningkat dan mempunyai kedai sendiri di sekitar bandar Raub.