GERAKAN PERSATUAN WANITA
Gerakan Persatuan Wanita (GPW) bermaksud persatuan wanita yang ahlinya terdiri daripada penerokawati yang tinggal di tanah rancangan Felda, sama ada wanita itu seorang ibu tunggal, generasi kedua atau ketiga. GPW di Felda Lembah Klau telah ditubuhkan pada tahun 1966. Bertujuan untuk menyatukan semua ahli-ahli yang tinggal di dalam dan di luar tanah rancangan.
MAKLUMAT PERNUBUHAN GPW :
Matlamat utama pembangunan masyarakat adalah selaras dengan lima teras Felda iaitu:
- Menjadikan peneroka dan komuniti Felda sebagai masyarakat contoh.
- Meningkatkan pendapatan peneroka Felda sehingga mereka boleh tergolong sebagai golongan menengah dalam negara.
- Felda sendiri sebagai satu organisasi bukan sahaja berjaya di Lurah Bilut, Jerangan, Keratong, Palong tetapi berjaya di persada antarabangsa sebagai satu organisasi global yang besar impaknya.
- Membina generasi baru warga peneroka Felda.
- Memperkukuhkan budaya organisasi Felda yang berteraskan kepada pengurusan mahir, mempunyai integriti yang cekap berfokus serta berprestasi.
- Program yang diatur menjurus ke arah menjadikan warga penerokawati sebagai masyarakat contoh luar bandar yang berjaya.
- Ia juga bertujuan untuk memudahkan pengurusan sosial penerokawati supaya turut serta dalam semua aktiviti yang dianjurkan serta merapatkan hubungan silaturrahim sesama penerokawati.